Taman Ular, Perlis

Posted in Blog, Travel & Tour by Kuriee

Kalau ke Perlis, banyak juga tempat-tempat untuk berkunjung di sana. Kuriee pasti, anda pun sudah tahu tempat-tempat menarik yang ada di Perlis. Baru-baru ini, Kuriee sempat ke Taman Ular Perlis bersama adik-adik yang teringin sangat nak tengok ular secara live. Jadi kebetulan melawat adik yang belajar di sana, sempat lah singgah sekejap di Taman Ular Perlis untuk lihat-lihat apa yang menarik di sana. Kuriee pasti, ramai pengunjung atau pelancong yang datang ke Perlis, salah satu destinasi mereka, sudah tentulah ke Taman Ular ini. Malahan Taman Ular Perlis ini adalah salah satu destinasi wajib lawat atau destinasi popular jika pengunjung ke Perlis terutamnya bagi mereka yang pertama kali ke Perlis. Bagi pelancong yang bekerluarga, ianya pasti destinasi menarik untuk anak-anak anda.

Sebelum Kuriee tunjukkan gambar, eloklah cerita serba sedikit mengenai taman ular ini. Taman Ular dan Reptilia Perlis ini merupakan satu-satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. Terdapat kira – kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 sesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.

Bayaran yang dikenakan, tidaklah mahal sangat, untuk dewasa hanyalah RM4/seorang, kanak-kanak 5-12 Tahun RM1/seorang manakala 4 tahun kebawah adalah percuma. Baik betul kerajaan negeri Perlis ni kan, bagi percuma. Bagi yang bawa kamera sila tambah RM1 atau RM2 untuk videocam. Kira murahlah tu kan…. dari korang nak masuk hutan cari ular sendiri, lagi lah  tak der harapan nak tengok, dah tu bahaya pulak, silap-silap kena gigit dan paling penting, berani ke nak tangkap ular,tengok pun takut, inikan nak tangkap. Lebih baik masuk jer taman ular ni, macam-macam spesis boleh tengok. Oklah.. jom kita layan gambar-gambar menarik sepanjang berada di Taman Ular ini.

First korang masuk, dah tentulah Ularlah yang korang nampak dalam ruang pameran dia. Toleh kiri ular, toleh kanan ular, belakang depan semuanya ular. Kalau yang fobia dengan ular tu, beginilah jadinyer. Bulu roma naik mencacak. Tapi yang dalam gamabr tu hanyalah lakonan semata-mata. Tak geli pun, saja over acting.  Ok yang ada dalam gambar kat atas tu, beberapa jenis spesis ular yang telah selamat diawetkan. Jadi jangan risau, ular tu tak bergerak punya. tak lah dia nak merayap kat badan korang. Korang  boleh tengok dekat-dekat semua ular yang di awet tu, malah yang paling special, ada salah sekor ular ni yang diawet dimana  badannya dibelah dua untuk menunjukkan telur yang terdapat didalam badannya. Nak tengok? silalah ke Taman Ular. Tak surprise lah nanti !!!

Kalau tadi korang tengok ular yang dah mati dan di awet, ini pula ruang pameran untuk ular-ular yang masih hidup segar bugar lagi. kalau yang akuarium kaca kecil-kecil tu, maknanya ular yang ada dalam tu pun kecil-kecil dan comel-comel. kalau akuariumnyer besar, maka yang tinggal dalam tu pun bapa segala ular lah. Kalau korang perasan, ada nampak tak benda putih-putih dalam akuariuam tu. Yang itu, sebenarnya anak tikus hidup-hidup sebagai santapan ular. Kalau korang datang time dia lunch, dapatlah tengok di lilit, bunuh dan baham tikus-tikus tu secara live tanpa siaran tertunda. hahaha….  Kalau ular yang besar pulak, manalah nak kenyang makan tikus kecil-kecil kan, so diaorang letakkanlah makanan yang lebih besar macam anak itik, anak ayam dan tikus putih yang sederhana saiznya. barulah kenyang ular-ular tu. tapi kesian pulak tengok binatang-binatang yang kena baham tu. Tunggu masa jer kena bunuh…. wahhh macam cerita seram pulak aku cerita. hahahaha…

Inilah anak itik yang aku maksudkan tu. lepas beberapa minit kemudian, si donald duck tu pun menjadi arwah dek kena baham dengan ular sawa tu. Ganas tak ganas korang boleh tengok live disini.

Besar gila ular ni. Kalau jumpa memang lari lintang pukang. Tapi ular ni macam malas je bila duduk dalam akuarium ni. Tidur je memanjang. maklumlah, makan dah disediakan bila cukup waktunyer. Telan jer sampai kenyang.

Ni pulak gambar itik yang telah selamat untuk dibaham. Kejam betul dia bunuh itik tu depan-depan kami secara live. Apa boleh buat, dah makanan ular tu kan, kalau baagi yang dah mati, Tak nak makan pulak nanti.

Ular ni boleh tahan cantik dia punya warna. Tapi berbisa ni. Ular kapak namanya kalau tak silap saya lah. Banyak lagi ular yang pelbagai warna terutamnya warna hitam. putih, hijau dan kuning.Lain-lain warna pun ada.

Ular ni pun boleh tahan jugak warna pada kulit dan sisiknya. Warna kehijau-hijauan dan tompok-tompok hitam. Warna cantik, tapi dah nama pun ular, geli lah jugak. kankankan….!!

Selesai sudah tengok ular-ular dekat bahagian dalam dewan pameran, bolehlah pulak keluar dewan sebab ada juga ular yang ditempatkan dibahagian luar selain dari dalam akuarium. Banyak ular yang ditempatkan diluar ni, lebih besar saiznya. Tengok saja signboard Zon Tedung Selar tu, kebanyakkan sankar sebesar pondok tu, semuanya dihuni oleh Ular Tedung selar. Jangan terkejut kalau tengok ular ini, sebab saiznya agak besar dan jika ular ini boleh berdiri sambil memanggungkan kepalanya setinggi manusia. Saya bercakap sebab saya lihat dengan mata saya sendiri. Agak meremang bulu roma melihatnya.

Salah satu tarikan yang boleh korang saksikan disini adalah ular Anaconda. Yup betul ular anaconda macam korang tengok dalam cerita atau filem Anaconda tu. Dari luaran, warnanya, kulitnya semua sama macam dalam filem. Cuma dari segi saiz saja tidak sama kerana ular anaconda yang ada di sini, saiznya jauh berbeza dari dalam filem tu. Saiz nya kecil sahaja macam saiz ular sawa yang sederhana besar. Kalau lah anaconda ni sebesar dalam filem tu, sorang pun tak berani datang tengok. hahahaha….  Kalau korang nak tengok sendiri ular dari hutan amazon ni,kenalah datang sendiri. Baru surprise kan….

Lepas dah puas tengok ular yang ada di merata-rata kat taman ular ni, eloklah lepaskan rasa kegelian tu dengan tengok binatang-binatang lain yang ada di sekitar mini zoo dalam kawasan taman ular ni. Contohnya boleh tengok burung kasawari atau burung unta ni ha. Siap boleh bagi makan lagi. Tengoklah burung lagi sekor tu, punyalah tinggi. Macam teringin nak tunggang pulak burung ni, tapi macam tak boleh jer tunggang kat sini. Dapat tengok pun jadilah kan.

Selain burung kasawari, ada jugak binatang lain seperti buaya, biawak, monyet, khinzir dan sebagainya yang ada dalam mini zoo ni. Kalau nak tengok semuanyer kena lah datang, dan taman-taman kat luar ni banyak menempat ular sawa super size yang besar punya. Tak sempat pulak nak snap gambar sebab penat dan nak cepat gerak ke tempat lain pulak. Sebenarnya ada tram yang boleh naik pusing-pusing taman ni, tapi kebetulan saya datang bukan time cuti sekolah mahupun waktu kemuncak, jadi perkhidmatan tram tidak disediakan. Jadi terpaksalah jalan kaki sahaja. Oklah sampai disini sahaja cerita saya.  Jadi yang ada famili tu, eloklah bawa ke sini dan masukkan tempat menarik ini dalam itinerary anda jika berkunjung ke Perlis . Yang muda-muda remaja tu, kalau nak datang pun ok juga.

 

Post comment

Contact Us

Artikel Terkini

Archives

My Photography

Follow Me

Photo Gallery

Sponsor